CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 27, 2009

.::Aktiviti 1: Program BIG II Di Pulau Pangkor::.

Setelah mengikuti Program Bina Insan Guru, saya mendapati bahawa terdapat beberapa MASALAH yang wujud dalam diri ini, iaitu:

1-Kurang stamina dalam melakukan aktiviti-aktiviti lasak (cepat penat).
2-Kurang Yakin dengan kebolehan diri contohnya: Aktiviti Water Confident
3-Pengurusan masa yang lemah

Antara PENAMBAHBAIKAN yang perlu dilakukan:
1-Perlu aktif dalam aktiviti ko-kurikulum/sukan
2-Perlu membina keyakinan diri dan motivasi intrinsik agar saya mampu melakukan apa jua cabaran yang mendatang.
3-Perlu hadir awal ke kuliah/kelas atau apa jua program yang dijalankan.

MATLAMAT:
*Mendidik diri agar menjadi seorang bakal guru pendidikan Islam yang berketrampilan dan holistik

OBJEKTIF:
i- Mendidik diri akan kepentingan bersukan
ii- Mendidik diri agar lebih yakin dengan kemampuan diri
iii- Mendidik diri supaya patuh pada ketepatan masa

PELAN TINDAKAN:
1-Antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah:
# Bersukan pada tiap-tiap petang seperti bermain badminton dan berjoging.
# Saya akan mengikuti kursus lanjutan 'water confident' & berenang.
# Saya akan 'set' jam tangan 1ominit lebih awal agar tepat pada masa.

2-Bagaimana saya akan mengumpulkan data??
i-Muhasabah diri
ii-Bertanyakan kelemahan diri kepada kawan yang paling rapat dengan saya
iii-Membuat jadual waktu

3-Bagaimanakah cara yang boleh saya lakukan untuk menilai sama ada apa yang dirancang & dilaksanakan tercapai?
i-Sentiasa muhasabah diri, jika masih belum tercapai saya akan mengulanginya sehinggalah ia terlaksana.
ii-Meminta pertolongan kawan baik menilai dari masa ke semasa akan tingkahlaku yang saya lakukan.
iii-Meminta nasihat dan motivasi daripada keluarga, pensyarah, orang yang saya hormati serta kawan-kawan.
iv-Membuat pemantauan berterusan terhadap jadual waktu yang ditetapkan.
v-Membaca buku motivasi

.::Aktiviti 2: Refleksi Kursus GGGE5014::.

Berdasarkan kepada kursus GGGE5014: KAEDAH MENGAJAR yang di ambil pada semester yang lepas, saya mendapati bahawa terdapat satu masalah yang wujud dalam sistem Pengajaran dan Pembelajaran berkaitan dengan tajuk "Adab menutup Aurat" iaitu Guru tidak dapat menjawab persoalan pelajar dengan baik. Hal yang demikian, berpunca daripada:
i-Kurang Persediaan
ii-Kurang Pengetahuan

Cadangan Strategi atau Kaedah Pengajaran untuk mengatasinya:
i-Seseorang Guru perlu melakukan 'homework' terlebih dahulu berkaitan dengan tajuk yang bakal diajar dalam bilik darjah. Ia dapat membina keyakinan kepada guru tersebut dalam menghadapi sebarang persoalan daripada pelajar.

ii-Guru perlu memperbanyakkan bahan bacaan agar ilmu pengetahuan sebati di dalam dirinya serta beliau tidak hanya fokus kepada buku teks semata-mata. Tanpa pengetahuan yang luas berkenaan dengan bidang yang diambil, ia akan menyebabkan seseorang guru dipandang rendah oleh para pelajar.

iii-Sekiranya guru tidak dapat menjawab pertanyaan yang diajukan oleh pelajar, beliau berhak menangguhkan persoalan tersebut pada hari yang lain sehinggalah jawapan yang tepat/sebenar ditemui.

iv-Selain itu,Guru juga boleh mengemukakan soalan tersebut untuk sesi perbincangan di dalam kelas. Keadaan ini dapat mewujudkan suasana berfikir di kalangan pelajar dan sudah semestinya jalan penyelesaian terbuka luas. Guru pula tidak kelihatan gugup.

Sunday, April 26, 2009

.::APA ITU KAJIAN TINDAKAN?::.

PENGERTIAN:
Kajian atau Penyelidikan merupakan suatu proses langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data bagi mendapat serta meningkatkan lagi kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu.

Antara lain, penyelidikan juga merupakan suatu proses yang digunakan oleh setiap guru dalam mengumpul setiap data yang kemudiannya diproses menjadi maklumat dan akhirnya menjadi suatu pengetahuan bermanfaat. Seterusnya, melalui pengetahuan tersebut ianya diproses untuk mengenalpasti setiap masalah yang timbul dan langkah-langkah penambahbaikan dilakukan bagi meningkatkan lagi kefahaman sedia ada berdasarkan kepada kebijaksanaan yang ada pada seseorang itu.

KENAPA KAJIAN PENTING BAGI GURU?
1. Sebagai Pengetahuan
2. Menambah baik amalan atau praktis
3. Mendebatkan sesuatu polisi
4. Membina kemahiran melakukan penyelidikan

JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN:
1. Individu
2. Kolaboratif
3. Peringkat-peringkat Sekolah (organisasi)
4. Peringkat daerah

ANTARA CONTOH KAJIAN TINDAKAN DI DALAM PENDIDIKAN IALAH:
Seseorang guru itu boleh melakukan kajian atau penyelidikan terhadap isu ponteng kelas yang berlaku di kalangan pelajar di sekolah tempat mereka mengajar. Melalui penyelidikan tersebut, mereka dapat mengenalpasti punca dan langkah-langkah mengatasinya dapat dilakukan dengan sebaiknya.

Saturday, April 25, 2009

::Antara Bahan Rujukan A.R::.


Menurut pendapat Shanen Bell berkenaan dengan buku "Practical Action Research" oleh Richard A.Schmuck: "Schoolwide renewal and improvement occur only when a group of dedicated professionals decide to study and reflect on what they are doing and how it affects the students in their school and classrooms. Schmuck provides multiple examples of how school professionals use action research in their quest to improve the school experience for children."
-Shaneen Bell, President and CEO
Exchange Pointe International