CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 29, 2010

.::aNTaRa KaJIaNKu::.



Sukan PES 2010...

.::KeMBaLi BeRSiNaR::.


Alhamdulillah..setelah agak lama menyepi dari dunia bloggers ini, daku kembali menjenguk kenangan bersama kajian2 yang lepas. Mungkin tidak salah rasanya untuk daku katakan bahawa lebih banyak lagi kajian tindakan yang perlu dilakukan sebagai seorang pendidik. Pada masa sekarang juga, daku sedang menyiapkan satu kajian berkaitan dengan murid2 SKPK Princess Elizabeth, JB Johor. Semoga dipermudahkan olehNYA...AMin.

Tuesday, June 2, 2009

.::KuLiaH 8: HJH HaLiMaH HaRuN::.

Kuliah : 1 JUN 2009 (ISNIN)
TaJuk: Pembentukan
- Pernyataan Masalah
- Tujuan/ objektif/ Persoalan kajian


Berdasarkan pada kuliah yang diberikan oleh Hjh Halimah, dapatlah dirumuskan bahawa pada minggu ini, kami telah mempelajari tentang pernyataan masalah kajian, tujuan serta persoalan kajian tindakan. Pada kuliah lepas, beliau telah meminta pelajar supaya menghasilkan satu proposal secara berkumpulan dan menghantarkan hasil kerja tersebut. Rentetan daripada tugasan itu, beberapa kumpulan telah diarahkan supaya membentangkan pernyataan masalah, tujuan, objektif, persoalan kajian serta yang berkaitan dengan tugasan masing-masing. Melalui pembentangan tersebut, dapatlah dikenalpasti kajian tindakan yang tepat dan tidak tepat dilakukan. Beliau bertindak menegur kesalahan yang pelajar lakukan serta meminta respons daripada sahabat yang mendengar dan menonton persembahan tersebut. Seramai 5 buah kumpulan yang berjaya membentangkan hasil proposal dan kumpulan saya merupakan salah sebuah kumpulan yang terlibat dalam sesi tersebut. Pada pandangan saya, cara yang dilakukan oleh Hjh amat bagus sekali dalam memperbaiki mutu penyelidikan/ kajian tindakan @ proposal yang kami lakukan. Secara tidak langsung, kami dapat menyedari kesilapan yang telah dilakukan dan tidak akan mengulanginya lagi.

Sunday, May 31, 2009

.::KuLiaH ke-7: PeNGuMPuLaN DaTa::.

Pensyarah : Pn.Norsakinah
Kuliah: 29 Mei 2009 (Jumaat)

Sebagaimana yang telah dipelajari pada kuliah2 yang lepas, proses Pengumpulan Data merupakan aspek penting yang perlu ada dalam menjalankan Kajian Tindakan. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan dalam mengumpulkan data baik melalui temubual, soalselidik, ujian, pemerhatian (video tape) dan lain-lain lagi. Penyelidikan tindakan perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna agar ianya menghasilkan keberkesanan kajian.

Wednesday, May 27, 2009

.::Kuliah 6: PRoPoSaL KaJiaN TiNDaKaN::.

25 MEI 2009 (ISNIN)

Pensyarah yang terlibat dalam Pengajaran & pembelajaran Kajian Tindakan pada minggu ini ialah Hjh Halimah Harun. Sesi pembelajaran kami sangat menarik kerana terdapat 3 aktiviti utama yang telah kami laksanakan, iaitu:

AKTIVITI PERTAMA: SESI PENGENALAN DIRI MELALUI PENULISAN DI ATAS SEHELAI KERTAS A4

1-NAMA (NO.MATRIK)
2-PROGRAM YANG DIAMBIL SEKARANG
3-ALAMAT RUMAH
4-STATUS (PENTING)
5-IJAZAH SEBELUM INI DALAM BIDANG APA?

Seterusnya, kami diminta menjawab beberapa soalan berkaitan dengan bidang guru, iaitu:
1-MENGAPA ANDA MENJADI GURU?
2-SIAPAKAH GURU YANG PALING ANDA MINAT? KENAPA?
3-SIAPAKAH GURU YANG PALING ANDA BENCI? KENAPA?
4-APAKAH TUGAS-TUGAS GURU?

Setelah itu, kami diarahkan supaya melukis gambar POKOK pada ruang kosong di kertas jawapan tersebut beserta dengan tandatangan serta tarikh lahir. Saiz gambar pokok tersebut mestilah dilukis berdasarkan ruang yang masih ada untuk memenuhi ruang tersebut. Hasil daripada aktiviti ini seterusnya diserahkan kepada Hjh Halimah dan beliau bertindak menilai peribadi kami melalui hasil kerja yang telah kami lakukan.

AKTIVITI KEDUA:
.::KAMI DIMINTA SUPAYA MENCARI PARTNER BAGI MENYELESAIKAN 1 TUGASAN BERDASARKAN KEPADA SEMINAR SERANTAU YANG DIADAKAN DI KLANA RESORT, N9 DARI 18HB-21HB MEI'09 LEPAS. SETERUSNYA, KAMI DIARAHKAN SUPAYA BERBINCANG BERSAMA PARTNER MASING-MASING HASIL DARIPADA SEMINAR TERSEBUT YANG BERKAITAN DENGAN 1 "KAJIAN TINDAKAN" YANG DILAKUKAN OLEH PARA PESERTA SERTA PERLU MEMBENTANGKANNYA. ANTARA KOMPONEN PENTING YANG PERLU ADA DI DALAM HASIL PERBINCANGAN TERSEBUT IALAH:

1-KENAPA?
2-APA?
3-BAGAIMANA?
4-PROSEDUR?

Saya memilih SITI NAZIRAH BT ABD. WAHAB sebagai partner dan membincangkan tentang:

1-Nama Pembentang: Puan Hasnitawati
2-Tajuk : "Penerapan Model Pembelajaran Inkuiri tidak Terbimbing terhadap
Perkembangan Pelajar".
3-Bilik: Sri Mahang

AKTIVITI KETIGA: BUAT SATU PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN, LIMA ORANG SATU KUMPULAN & HANTAR PROPOSAL TERSEBUT DALAM KOTAK SURAT NO.15-PADA HARI KHAMIS 28/5/09

**Ahli kumpulan saya terdiri daripada:
1-Junaidon b.Abd. Majid
2-Chiong Ai Hua
3-Suzana bt Mohd Fauzi
4-Siti Nazirah bt Abd. Wahab
5-Nuraini bt Abd.Rashid

**Tajuk Proposal: "Meningkatkan Kemahiran Menyangga dalam Aktiviti Sukan Bola Tampar bagi Pelajar Tingkatan 1"

Monday, May 25, 2009

.::TuGaSaN 2: ANaLiSis ARTiKeL JuRNaL::.

Berdasarkan kepada tugasan ke-2 ini, saya memilih 3 tajuk utama untuk dijadikan sebagai rujukan, iaitu:

1- Nama Penulis : Sigrid Gjotterud
Tajuk Jurnal 1: Love and Critique in Guiding Student Teachers

2- Nama Penulis : Martina R.Clerkin
Tajuk Jurnal 2: How can I use Irish language e-portfolios in the
assessment for learning approach in my primary classroom?


3- Nama Penulis : Teresa Hennessy
Tajuk Jurnal 3: Supporting collaboration in my work place through the
use of Moddle



.::SAMPEL KAJIAN::.

*JURNAL 1: Sampel kajian ini dilakukan terhadap pelajar universiti

*JURNAL 2: Sampel kajian merupakan guru dan pelajar

*JURNAL 3: Sampel kajian dilakukan ke atas seluruh pelajar sekolah di Dublin kolaborasi bersama 4 orang rakan pengkaji


.::SETING KAJIAN::.

*JURNAL 1: Norwegian University of Life Sciences, Norway

*JURNAL 2: Dublin City University, Ireland.

*JURNAL 3: Dublin City University, Ireland.


.::PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN::.

*JURNAL 1:

*JURNAL 2:

*JURNAL 3:

Pertama: penyelidik perlu membuat refleksi dan memfokuskan kepada masalah (fokus kepada 5w), serta cuba mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut.
contohnya: bagaimana cara saya untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar tentang konsep perubahan dalam sains?

kedua: penyelidik membuat perancangan untuk dilaksanakan dengan menyatakan beberapa stategi perancangan. disini akan timbul beberapa persoalan, bagaimana saya ingin dapatkan data? adakah instrument yang saya gunakan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan? penyelidik juga perlu membuat tentatif perancangan.

ketiga: penyelidik perlu menganalisis data yang telah diperolehi dalam bentuk yang mudah difahami oleh pembaca contohnya dengan menggunakan jadual, histogram, carta pai dan lain-lain.

keempat: tindakan penyelidik, contohnya, guru membincangkan topik perubahan. Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan?

kelima: penyelidik perlu mereflek semula tindakan/pengajaran guru tadi, contohnya: eksperimen yang dilakukan oleh guru membosankan. guru hanya membaca buku teks.

keenam: penyelidik perlu membuat penambahbaikan. contohnya: saya sepatutnya meminta pelajar membuat demonstrasi tentang perbezaan perubahan (tentang berat dan ketinggian) pelajar di dalam bilik darjah. atau sepatutnya saya perlu meminta pelajar mengumpul data daripada semua kelas.

ketujuh: penyelidik membuat rumusan/hasil kajian. seandainya tidak ada perubahan terhadap pelajar, guru perlu membuat perancangan penambahbaikan seterusnya dengan membuat cycle 2.


PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN

-INSTRUMEN KAJIAN

Merujuk kepada alat yang hendak digunakan oleh penyelidik samada jenis soal selidik, senarai semak, pengujian atau lain-lain. penyelidik juga perlu menyatakan pembinaan instrumen itu di ubahsuai daripada orang lain atau diambil daripada penyelidik lain.

-TEKNIK PENGUMPULAN DATA
1.Audio dan videotape rakaman
membantu penyelidik untuk merakam situasi yang sebenar iaitu dari segi interaksi, perbualan, atau apa sahaja aspek yang berlaku dalam bilik darjah dan boleh menganalisis data tersebut.

kebaikan
1. Memberi gambaran yang tepat dan boleh digunakan selalu
2. Memberi maklumat yang terperinci berbanding rakaman lain
3. Maklumat tersebut boleh ditranskrip di rumah

kelemahan
1. Merakam suasana yang bising
2. Mengambil masa untuk ditranskrip
3. Video memerlukan seseorang melakukan filem

2.Teknik observation (pemerhatian)
Bertujuan untuk dapat menerangkan perlakuan dan kemahiran dalam sesuatu situasi secara praktikal.
guru dapat melihat secara langsung perbuatan yang sedang dilakukan pelajar.

kebaikan
1. Dapat memerhati perbuatan untuk mendapatkan data
2. Membantu untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci
3. Memberi kesan yang mendalam dan dapat menyelesaikan masalah

kelemahan
1. Susah untuk memerhati pergerakan yang sementara
2. Terdapat maklumat yang tidak dapat diketahui kerana ianya merupakan non-verbals(bukan secara lisan)
3.Kebiasaannya penyelidik akan mencatat melalui pemerhatiannya dan di sana akan berlakunya bias (beratsebelah).

3. Teknik questioners(soal selidik)
kebanyakan soal selidik digunakan untuk persepsi, sikap, motivasi, perasaan dan nilai-nilai afektif. soal selidik biasanya menggunakan soalan (terbuka) di mana, orang yang menjawabnya hanya memberi jawapan dengan menanda salah satu daripada jawapan tersebut.

kebaikan
1. Mudah dilaksanakan
2. Banyak tindakbalas
3. Tidak melibatkan pertemuan
4. Soalan standard

kelemahan
1. Mengambil masa untuk membuat soalan
2. Tiada penerangan
3. jawapan yang diperolehi bersifat superfisial

4.Interview(temubual)
salah satu cara yang paling mudah dan telah lama digunakan. Penyelidik mendapat data secara bersemuka dengan responden. antara kebaikannya ialah penemubual dapat memberi penerangan tentang soalan yang ditanya, selain itu, dapat memberi peluang kepada orang yang ditemubual menjawab pertanyaan tersebut dengan lebih lanjut dan memberi kebebasan kepadanya untuk menjawab tentang sesuatu isu yang ditanya oleh penemubual.

kebaikan
1. Penyelidik bertemu orang yang ditemubual secara bersemuka
2.Jawapan yang menarik dapat diperolehi segera
3.Mendapat tindakbalas daripada orang yang ditemubual

kelemahan
1. Susah untuk mendapatkan point
2. Meningkatkan tahap bias secar personal
3. Kedua-duanya perlu bertenang dan saling percaya antar satu sama lain

-TEKNIK PENGANALISISAN DATA
Penyelidik perlu menganalisis data yang telah diperolehi, samada secara deskriptif, inferensi, jadual, kekerapan, graf, histogram, carta pie dan lain-lain.

Tujuannya adalah untuk memudahkan pembaca mendapatkan gambaran terus tentang sesuatu tanpa perlu membacanya. contohnya, carta pie menunjukkan 50 peratus daripada 30 orang pelajar telah bersetuju dengan sesuatu isu yang telah dikemukakan.

berikut adalah cara bagaimana data tersebut di analisis:
1.Data daripada observasi
Selepas penyelidik mencatat data daripada pemantauan, mereka perlu membuat analisis berdasarkan kriteria, teori atau kajian-kajian lepas. penyelidik perlu memastikan setiap catatan perlulah berkait dengan topik kajian.

cara-cara untuk menganalisis data:
1. Semua data telah diperolehi dan dicatatkan
2. Sekiranya data yang diperolehi berbentuk teks, analisis data tersebut dalam bentuk laporan agar pembaca mudah faham
3. Ringkaskan laporan secara tersusun
4. Penyelidik boleh menggunakan berbagai-bagai cara untuk menganalisis data yang telah diperolehi samada dalam bentuk graf, carta pie, jadual dan lain-lain dan pemilihan yang dibuat haruslah bersesuaian.

ETIKA KAJIAN TINDAKAN
Sebelum penyelidik merancang untuk bertindak, penyelidik perlu mengambil tahu tentang beberapa etika dalam kajian tindakan untuk mengelakkan kebimbangan sampel/participant samada di dalam sekolah/seluruh masyarakat. di antara etika-etika tersebut ialah:

1. Protokol tinjauan (observe protokol)
Penyelidik perlu memberitahu maklumat yang jelas berkenaan dengan protokol tinjauan kepada sampel yang terlibat dalam kajian tindakan tersebut.

contohnya: guru perlu mendapatkan keizinan daripada ibu bapa apabila melibatkan anak-anak mereka di dalam apa-apa aktiviti di dalam kajian tersebut.

2. Kesulitan
Penyelidik perlu menyatakan kesulitan yang akan dihadapi kepada semua peserta yang terlibat dalam kajian ini nanti. Daripada sini, penyelidik dapat mengetahui peserta yang sukarela menyertai kajian ini.

3. Kaji tentang kanak-kanak (pelajar)
Bilik darjah ialah tempat yang paling sesuai untuk melakukan kajian tindakan. Penyelidik perlu mengkaji tentang matapelajaran, umur palajar, pembahagian pelajar dalam kumpulan, matapelajaran yang mereka sukai dan sebagainya.


KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN

kebolehpercayaan merujuk kepada kestabilan dan ketekalan dalaman ujian atau alat ukur dalam mengukur sesuatu konsep atau aspek. Sekiranya penyelidik yang lain melakukan penyelidikan yang sama, keputusan yang diperolehi adalah sama. Ataupun soalan yang sama di beri pada masa yang berbeza, jawapan yang diperolehi bagi soalan tersebut tetap sama.

Di dalam kelas, banyak alat pengukur yang boleh digunakan untuk mengukur tahap kebolehpercayaan. Namun begitu, penyelidik tidak boleh mendapatkan data ketika mereka sedang sibuk bermain. Oleh itu, setiap tindakan penyelidik boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan data yang di perolehi dan penyelidik perlu mengambil langkah-langkah yang sesuai.

kesahan ialah suatu yang sangat sukar dan kompleks. Kesahan merujuk sejauhmanakah sesuatu ujian atau alat ukur itu mengukur atau menguji perkara yang hendak diuji dan tidak lebih daripada itu.

Tinjauan secara berterusan kepada soalan-solan berikut akan meningkatkan kesahan:

1. Sejauhmanakah soalan tersebut benar-benar menggambarkan tentang data yang diperolehi
2. Apakah terdapat bukti-bukti yang menyokong kesahan soalan, perancangan dan keterangan yang menunjukkan bagaimana data tersebut diperolehi

Saturday, May 23, 2009

.::TuGaSaN 1: ULASAN BUKU::.




Pengarang : Davydd J. Greenwood & Morten Levin
Tahun Terbitan : 2007
Tajuk Buku : Introduction to Action Research
Negeri Penerbit : London
Penerbit : SAGE Publications

Buku ini merupakan keluaran kedua syarikat penerbitan SAGE. Secara keseluruhannya,Ia merupakan penyelidikan tentang tingkahlaku sosial dan memperkenalkan perubahan demokrasi sosial. Pada bahagian pertama, ia menceritakan tentang apa itu Kajian Tindakan yang meliputi pengertian (Kajian tindakan, kepelbagaian dan demokrasi), Sejarah Kajian tindakan dan lain-lain lagi. Pada bahagian kedua pula, ia menceritakan tentang Sains, teori dan kaedah kajian serta latihan dalam Kajian Tindakan. Seterusnya, pada bahagian ketiga, ia mengisahkan tentang kepelbagaian dalam tingkahlaku kajian tindakan: potensi manusia. Manakala pada bahagian keempat pula, penulis mengetengahkan tentang Kajian tindakan, Pendidikan peringkat tinggi serta proses demokrasi. Pada dasarnya, buku ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada para pelajar yang mengambil kursus GGGB5023 Kajian Tindakan Dalam Pendidikan serta para guru di sekolah.

Mengapa penulis menggunakan kaedah kajian tindakan?

Berdasarkan kepada pengalaman bersama pelajar universiti, Penulis mengatakan bahawa kebanyakan mereka tidak memiliki kemahiran belajar dalam bidang yang kompleks terutamanya yang melibatkan teori, kaedah-kaedah, motif dan penyelesaian masalah.Oleh yang demikian, penulis bertindak melakukan Kajian Tindakan untuk melakukan penambahbaikan serta untuk meningkatkan lagi kemahiran belajar.

KONSEP KAJIAN TINDAKAN:

Berdasarkan kepada buku tersebut, maksud kajian tindakan itu sendiri ialah penyelidikan sosial yang dilakukan secara berkumpulan terdiri daripada golongan penyelidik profesional dan suatu kumpulan organisasi, masyarakat atau jaringan tertentu yang ingin meningkatkan kefahaman para ahli serta penglibatan mereka dalam keadaan tertentu.

MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

.::Guru sepatutnya melakukan kajian tindakan berdasarkan kehendak dan keperluan sekolah yang mana ia perlu melakukan suatu pembaharuan daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik.

Reka bentuk kajian tindakan
i- Model Cogenerative



ii-Sampel Kajian:
Sampel Kajian melibatkan tiga sasaran utama iaitu komuniti kecil, Syarikat Industri, serta Universiti utama.

iii-Seting kajian
*Stongfjorden: Western Norway
*Mondragon
*Universiti Cornell: Sekolah Perindustrian

PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
Berdasarkan pada kajian yang dilakukan oleh penulis, beberapa prosedur tertentu dikenalpati apabila Kajian Tindakan dilaksanakan. Prosedur tersebut mengutamakan langkah-langkah yang sistematik agar penyelidikan itu dapat dilakukan dengan berkesan. Bahagian ini menerangkan dengan lanjut lagi mengenai langkah-langkah yang dicadangkan dalam model tersebut, iaitu:

PERTAMA: MENGENALPASTI ISU @ MASALAH
Untuk mengenalpasti isu @ masalah dalaman dan luaran kajian, pengkaji terlebih dahulu perlu memusatkan perhatian terhadap perkara-perkara yang melibatkan Apakah yang sedang berlaku, Bagaimanakah masalah tersebut wujud? dan apakah cara-cara yang perlu dilakukan untuk mengatasinya?

KEDUA: PERANCANGAN
Setelah masalah tersebut dikenalpasti, penulis mula melaksanakan perancangan yang teliti untuk melakukan sebarang perubahan serta peningkatan penambahbaikan. Pertimbangan idea yang sesuai perlu diambil kira agar ianya dapat berjalan dengan baik.

KETIGA: PELAKSANAAN TINDAKAN
Kemudian, penulis mula melaksanakan tindakan berdasarkan perancangan-perancangan yang telah digariskan sebelum ini. Penyelidik (guru atau pentadbir) perlu bertindak berdasarkan idea tersebut.

KEEMPAT: REFLEKSI DAN PENILAIAN
Pada peringkat ini, penyelidik mengumpulkan data dan maklumat hasil daripada kajian tindakan yang dilakukan serta membuat penilaian. Terdapat beberapa cara yang dilakukan iaitu melalui laporan, soalselidik, temubual dan ujian.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data
i-Instrumen Kajian
ii-Teknik Pengumpulan Data
iii-Teknik Penganalisisan Data

ETIKA KAJIAN TINDAKAN (research ethics)

Etika dalam penyelidikan merupakan aspek yang penting perlu diberi perhatian. Sebab yang utama adalah kerana hak semua pihak sama ada guru, pelajar, ibu bapa dan pentadbir perlu dihormati. Etika dalam penyelidikan dapat melindungi kepentingan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung daripada dieksploitasi oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Antara etika yang perlu diberi perhatian oleh para pengkaji ialah:

i-Adalah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa kajian bahawa mana-mana bukti atau data yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan identiti ahli-ahli jawatankuasa kajian kecuali dengan kebenaran.

ii-Adalah dipersetujui bahawa pelajar-pelajar mempunyai hak yang sama seperti guru dari segi pengenalan identiti dan kerahsiaan bukti dan data yang dipungut dari mereka.

iii-Adalah dipersetujui bahawa penerbitan laporan kajian perlu mendapat kebenaran dari ahli jawatankuasa kajian.

iv-Adalah dipersetujui bahawa semua penerbitan laporan yang dihasilkan oleh guru-guru yang terlibat dalam kajian ini perlu dibuat atas nama mereka.

v-Adalah dipersetujui bahawa semua maklumat yang berkaitan dengan sekolah perlu mendapat kebenaran Pengetua sekolah sebelum didedahkan kepada umum.

vi-Adalah dipersetujui bahawa laporan kajian ini akan diserahkan terlebih dahulu kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) dan Jabatan Pendidikan Negeri sebelum ia diterbitkan dan diedarkan untuk orang ramai.


KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (Reliability & Validity)

Secara keseluruhannya, buku ini boleh dijadikan sebagai rujukan guru-guru serta individu yang mempunyai bidang berkaitan dengannya. Ia merupakan satu kajian tindakan terhadap penyelidikan perubahan sosial fokus kepada bagaimana ia dapat digabungkan dengan langkah-langkah mengatasi permasalahan berdasarkan kepada idea-idea yang baru. Buku ini sesuai kepada undergraduate dan juga graduate yang mengambil kursus dalam Kajian Tindakan, Penyelidikan Sosial, dan Penyelidikan kualitatif merentasi sains sosial, pendidikan serta dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.