CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 23, 2009

.::TuGaSaN 1: ULASAN BUKU::.




Pengarang : Davydd J. Greenwood & Morten Levin
Tahun Terbitan : 2007
Tajuk Buku : Introduction to Action Research
Negeri Penerbit : London
Penerbit : SAGE Publications

Buku ini merupakan keluaran kedua syarikat penerbitan SAGE. Secara keseluruhannya,Ia merupakan penyelidikan tentang tingkahlaku sosial dan memperkenalkan perubahan demokrasi sosial. Pada bahagian pertama, ia menceritakan tentang apa itu Kajian Tindakan yang meliputi pengertian (Kajian tindakan, kepelbagaian dan demokrasi), Sejarah Kajian tindakan dan lain-lain lagi. Pada bahagian kedua pula, ia menceritakan tentang Sains, teori dan kaedah kajian serta latihan dalam Kajian Tindakan. Seterusnya, pada bahagian ketiga, ia mengisahkan tentang kepelbagaian dalam tingkahlaku kajian tindakan: potensi manusia. Manakala pada bahagian keempat pula, penulis mengetengahkan tentang Kajian tindakan, Pendidikan peringkat tinggi serta proses demokrasi. Pada dasarnya, buku ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada para pelajar yang mengambil kursus GGGB5023 Kajian Tindakan Dalam Pendidikan serta para guru di sekolah.

Mengapa penulis menggunakan kaedah kajian tindakan?

Berdasarkan kepada pengalaman bersama pelajar universiti, Penulis mengatakan bahawa kebanyakan mereka tidak memiliki kemahiran belajar dalam bidang yang kompleks terutamanya yang melibatkan teori, kaedah-kaedah, motif dan penyelesaian masalah.Oleh yang demikian, penulis bertindak melakukan Kajian Tindakan untuk melakukan penambahbaikan serta untuk meningkatkan lagi kemahiran belajar.

KONSEP KAJIAN TINDAKAN:

Berdasarkan kepada buku tersebut, maksud kajian tindakan itu sendiri ialah penyelidikan sosial yang dilakukan secara berkumpulan terdiri daripada golongan penyelidik profesional dan suatu kumpulan organisasi, masyarakat atau jaringan tertentu yang ingin meningkatkan kefahaman para ahli serta penglibatan mereka dalam keadaan tertentu.

MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

.::Guru sepatutnya melakukan kajian tindakan berdasarkan kehendak dan keperluan sekolah yang mana ia perlu melakukan suatu pembaharuan daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik.

Reka bentuk kajian tindakan
i- Model Cogenerative



ii-Sampel Kajian:
Sampel Kajian melibatkan tiga sasaran utama iaitu komuniti kecil, Syarikat Industri, serta Universiti utama.

iii-Seting kajian
*Stongfjorden: Western Norway
*Mondragon
*Universiti Cornell: Sekolah Perindustrian

PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
Berdasarkan pada kajian yang dilakukan oleh penulis, beberapa prosedur tertentu dikenalpati apabila Kajian Tindakan dilaksanakan. Prosedur tersebut mengutamakan langkah-langkah yang sistematik agar penyelidikan itu dapat dilakukan dengan berkesan. Bahagian ini menerangkan dengan lanjut lagi mengenai langkah-langkah yang dicadangkan dalam model tersebut, iaitu:

PERTAMA: MENGENALPASTI ISU @ MASALAH
Untuk mengenalpasti isu @ masalah dalaman dan luaran kajian, pengkaji terlebih dahulu perlu memusatkan perhatian terhadap perkara-perkara yang melibatkan Apakah yang sedang berlaku, Bagaimanakah masalah tersebut wujud? dan apakah cara-cara yang perlu dilakukan untuk mengatasinya?

KEDUA: PERANCANGAN
Setelah masalah tersebut dikenalpasti, penulis mula melaksanakan perancangan yang teliti untuk melakukan sebarang perubahan serta peningkatan penambahbaikan. Pertimbangan idea yang sesuai perlu diambil kira agar ianya dapat berjalan dengan baik.

KETIGA: PELAKSANAAN TINDAKAN
Kemudian, penulis mula melaksanakan tindakan berdasarkan perancangan-perancangan yang telah digariskan sebelum ini. Penyelidik (guru atau pentadbir) perlu bertindak berdasarkan idea tersebut.

KEEMPAT: REFLEKSI DAN PENILAIAN
Pada peringkat ini, penyelidik mengumpulkan data dan maklumat hasil daripada kajian tindakan yang dilakukan serta membuat penilaian. Terdapat beberapa cara yang dilakukan iaitu melalui laporan, soalselidik, temubual dan ujian.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data
i-Instrumen Kajian
ii-Teknik Pengumpulan Data
iii-Teknik Penganalisisan Data

ETIKA KAJIAN TINDAKAN (research ethics)

Etika dalam penyelidikan merupakan aspek yang penting perlu diberi perhatian. Sebab yang utama adalah kerana hak semua pihak sama ada guru, pelajar, ibu bapa dan pentadbir perlu dihormati. Etika dalam penyelidikan dapat melindungi kepentingan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung daripada dieksploitasi oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Antara etika yang perlu diberi perhatian oleh para pengkaji ialah:

i-Adalah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa kajian bahawa mana-mana bukti atau data yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan identiti ahli-ahli jawatankuasa kajian kecuali dengan kebenaran.

ii-Adalah dipersetujui bahawa pelajar-pelajar mempunyai hak yang sama seperti guru dari segi pengenalan identiti dan kerahsiaan bukti dan data yang dipungut dari mereka.

iii-Adalah dipersetujui bahawa penerbitan laporan kajian perlu mendapat kebenaran dari ahli jawatankuasa kajian.

iv-Adalah dipersetujui bahawa semua penerbitan laporan yang dihasilkan oleh guru-guru yang terlibat dalam kajian ini perlu dibuat atas nama mereka.

v-Adalah dipersetujui bahawa semua maklumat yang berkaitan dengan sekolah perlu mendapat kebenaran Pengetua sekolah sebelum didedahkan kepada umum.

vi-Adalah dipersetujui bahawa laporan kajian ini akan diserahkan terlebih dahulu kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) dan Jabatan Pendidikan Negeri sebelum ia diterbitkan dan diedarkan untuk orang ramai.


KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (Reliability & Validity)

Secara keseluruhannya, buku ini boleh dijadikan sebagai rujukan guru-guru serta individu yang mempunyai bidang berkaitan dengannya. Ia merupakan satu kajian tindakan terhadap penyelidikan perubahan sosial fokus kepada bagaimana ia dapat digabungkan dengan langkah-langkah mengatasi permasalahan berdasarkan kepada idea-idea yang baru. Buku ini sesuai kepada undergraduate dan juga graduate yang mengambil kursus dalam Kajian Tindakan, Penyelidikan Sosial, dan Penyelidikan kualitatif merentasi sains sosial, pendidikan serta dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

0 comments: