CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 10, 2009

.::Kuliah ke-3: Teori Perubahan::.

Berdasarkan kepada apa yang telah disampaikan oleh Dr.Izham, dapatlah dikatakan bahawa perubahan dalam pendidikan merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan dan ianya berlaku dari masa kesemasa.

*Konsep Perubahan dalam Pendidikan:
-Bidang Pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran pada masa depan.

*Jenis-Jenis Perubahan:
-Mengikut Dessier (1995), terdapat 4 jenis perubahan iaitu:
i-Perubahan ke arah Peningkatan
ii-Perubahan Stratejik Organisasi
iii-Perubahan Reaktif
iv-Perubahan Akibat daripada Jangkaan

*Perubahan adalah KOMPLEKS, kerana ia dikaitkan dengan Proses EVOLUSI dan REVOLUSI.
i-Evolusi: Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
ii-Revolusi: 1-Perubahan yang pantas
2-Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan

*Perubahan itu MULTIDIMENSI
..Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai PERTIMBANGAN.
..Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan.
..Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami,iaitu:
1-Tujuan Perubahan
2-Unit Perubahan
3-Sifat Perubahan
4-Magnitud (saiz) Perubahan
5-Skop Perubahan
6-Jangkamasa Perubahan

*MODEL-MODEL Perubahan:
1-Model Penggabungan Roger (1995)
2-Model Kanter (1998)
3-Model Rand (1973-1978)
4-Model Acot

*Kaedah Kajian:
1-Kajian Kualitatif:
-Untuk melihat perubahan
-Dapat membongkar dan memberi pemahaman apa yang berlaku disebalik sebarang fenomena yang mana kurang diketahui (Stranss & Corbin 1990).

0 comments: