CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 11, 2009

.::Kuliah ke-4: Kajian Kepustakaan/ Tinjauan Literatur::.

Pada minggu ini, kami didedahkan serba sedikit berkaitan dengan apa itu Kajian Tindakan, Kajian Eksperimental dan Kajian Tinjauan. Apa yang membezakan di antara ketiga-tiga kajian ini ialah:
>Kajian Tindakan: Melakukan penambahbaikan terlebih dahulu sehinggalah ia benar-benar mantap
>Kajian Eksperimental: Pengkaji tidak melakukan sendiri eksperimen, tetapi ia dilakukan oleh orang lain kerana dibimbangi berlakunya ketidakjujuran. Namun begitu, metod kajian adalah sama cuma tiada sebarang penembahbaikan dilakukan.
>Kajian Tinjauan: Dilakukan bagi mendapatkan maklumat/input awal atau intervensi.Melalui teknik ini, pengkaji (guru) dapat mengetahui apa yang pelajar inginkan.

*Kajian Kepustakaan:
-Serotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.
-Dilakukan secara kritikal ke atas plan-plan.

*Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk Membuat ulasan Jurnal ilmiah. Antaranya ialah:
1-Membandingkan dan membezakan
2-Menganalisis
3-Menilai
4-Membuat kesimpulan
5-Mensintesis

HURAIAN:
1-MEMBANDINGKAN & MEMBEZAKAN

•Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti & unsur sesuatu objek @ peristiwa.
•Kemahiran ini digunakan apabila:
**Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan
**Membuat pilihan atau keputusan
**Langkah Penggunaan:
a) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur, pengumpulan dan penganalisisan data)
b) Kenal pasti ciri kajian tindakan itu
c) Tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai yang sama

2-MENGANALISIS

 Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
 Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kaitan antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
 Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

3-MENILAI

.::Membuat pertimbangan (sebelum membuat keputusan) tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah::.

.::Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi::.
-Memilih sesuatu
-Menerima atau menolak sesuatu idea.

4- MEMBUAT KESIMPULAN

**Membuat pengertian tentang seuatu hasil kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu berdasarkan penyiasatan.

**Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.

5-MENSINTESIS

 Menggabungkan Idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

 Kemahiran ini digunakan untuk:
-Membuat kesimpulan, mengitlak, menyediakan tajuk.
-Menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah

0 comments: